Thursday, May 6, 2010

AKTIVITI PANITIA KATERING DAN PENYAJIAN

Table settings yang dibuat oleh pelajar


Guru matapelajaran Katering Dan Penyajian bergambar bersama pelajar sempena lawatan KPM ke sekolah.


Table settings

Di Rafflesia Cafe-pelajar membuat persiapan sempena lawatan KPM ke sekolah.

Tuesday, October 13, 2009

RESEPI KEK USAHA KEJAYAAN

BAHAN-BAHANNYA

250 gm Daya usaha

100 gm Kesabaran

100 gm Keimanan

190 gm Keinsafan

150 gm Pengorbanan

150 gm Campuran akhlak mulia
( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna )

8 sudu teh rasa tanggungjawab

200 gm senyum secukup rasa



Cara-cara membuatnya:

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.


U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.


Sumber:
http://bijakcemerlang.tripod.com/motivasi.htm

UJIAN EXCEL 1/2009

Panitia Katering Dan Penyajian ingin mengucapkan 'Selamat menduduki Ujian Excel ' kepada pelajar Tingkatan 4 dan 6 Bawah. Ujian ini bermula pada hari ini iaitu 14 Oktober sehingga 28 Oktober 2009.

Kepada pelajar Katering Dan Penyajian tingkatan 4 Berdikari Dan 4 Inovatif, 'Selamat Menjawab Soalan Katering Dan Penyajian pada 19 Oktober depan.. SELAMAT MAJU JAYA.

Monday, September 7, 2009

Hasil Amali Pelajar


Gambar: Pizza Daging, Gadis Mulia,Biskut Badam, Biskut Cornflakes, Coklat chips & Kuih Tako
Gambar di atas menunjukkan hasil masakan yang telah dibuat oleh pelajar Tingkatan Empat. Pentaksiran akan dibuat semasa dan selepas amali dijalankan. Pentaksiran akan dinilai dari segi rasa, warna dan tekstur. Pelajar yang tidak menepati kriteria yang telah ditetapkan, dikehendaki membuat ulangan atau membuat amali tersebut sehingga kompeten.
Posted by Picasa

Monday, August 10, 2009

Pengajaran Dan Pembelajaran

Berikut adalah gambar yang diambil semasa PnP dijalankan

Kuih Cara Pedas


Pelajar bergambar dengan hasil masakan


Laksa Asam

Perkhidmatan Penyajian merupakan sebahagian dari pentaksiran

Lawatan Sistem Zon

Pada 14 Julai 2009, Panitia Katering dan Penyajian telah mengadakan jamuan sempena dengan Lawatan Sistem Zon. Jamuan tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna SMK Sandakan untuk minum pagi, manakala jamuan makan tengahari diadakan di Restoran Rafflesia SMK Sandakan. Berikut adalah gambar semasa jamuan: