Monday, August 10, 2009

Pengajaran Dan Pembelajaran

Berikut adalah gambar yang diambil semasa PnP dijalankan

Kuih Cara Pedas


Pelajar bergambar dengan hasil masakan


Laksa Asam

Perkhidmatan Penyajian merupakan sebahagian dari pentaksiran

Lawatan Sistem Zon

Pada 14 Julai 2009, Panitia Katering dan Penyajian telah mengadakan jamuan sempena dengan Lawatan Sistem Zon. Jamuan tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna SMK Sandakan untuk minum pagi, manakala jamuan makan tengahari diadakan di Restoran Rafflesia SMK Sandakan. Berikut adalah gambar semasa jamuan:


LATAR BELAKANG MATAPELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN

MPV-KP ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas di bawah kumpulan Kemahiran Asas Industri. Kurikulum ini memberi kemahiran teknologi dan pengetahuan dalam pengendalian makanan dan penyajian, kemahiran berkomunikasi dan memupuk semangat keusahawanan. Sehubungan itu murid berkeyakinan menceburkan diri dalam industri makanan dengan lebih produktif.
MATLAMAT MPV-KP
Melahirkan pelajar yang:
  1. Berkemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan.
  2. Mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat,
  3. Boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri makanan.

ORGANISASI KANDUNGAN MPV-KP

MPV-KP diolah dalam tiga bidang pembelajaran:

  1. Penyediaan makanan
  2. Perkhidmatan Penyajian Makanan
  3. Pengurusan dan Keusahawanan