Monday, August 10, 2009

LATAR BELAKANG MATAPELAJARAN KATERING DAN PENYAJIAN

MPV-KP ialah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah atas di bawah kumpulan Kemahiran Asas Industri. Kurikulum ini memberi kemahiran teknologi dan pengetahuan dalam pengendalian makanan dan penyajian, kemahiran berkomunikasi dan memupuk semangat keusahawanan. Sehubungan itu murid berkeyakinan menceburkan diri dalam industri makanan dengan lebih produktif.
MATLAMAT MPV-KP
Melahirkan pelajar yang:
  1. Berkemahiran dalam bidang pengendalian dan penyajian makanan.
  2. Mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat,
  3. Boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri makanan.

ORGANISASI KANDUNGAN MPV-KP

MPV-KP diolah dalam tiga bidang pembelajaran:

  1. Penyediaan makanan
  2. Perkhidmatan Penyajian Makanan
  3. Pengurusan dan Keusahawanan

No comments:

Post a Comment